Selasa, 1 April 2014

SYIRIK MENGHANCURKAN UMMAH epd1


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Pemula kata..

" Nampak Hebat Tapi Kena Tipu "
" Macam Dahsyat Tapi Sesat Larat "
" Aqidah, Syariah, Akhlah Tak Tepat "
" Amalan Tumbuh Macam Cendawan "
" Makin Moden Makin Sesat Larat "
" Penyakit Jangan Dibiarkan Melarat "
" Boleh Jadi Mengancam Zuriat "

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”
(QS. An Nisa’: 48)

Apakah itu SYIRIK ??

Syirik Daripada Segi Bahasa : Menduakan Allah / Menyekutukan Allah /
 Mencampur Adukkan Sesuatu Yang Baik dan Jahat Dalam Masa dan Tempat Yang Sama.

atau

Syirik Daripada Segi Istilah : Mencampur Adukkan Penumpuan Ubudiyah Diri Zahir dan Batin dan Minta Tolong Kepada Allah dan Kepada Benda Sama Ada Melalui Perbuatan atau Qosad Hati Dalam Melaksanakan Perintah Syariat Kerana Seseorang Itu Meletakkan Dirinya, Orang Yang Mempercayainya dan Mereka Yang Mengikutnya Berada Dalam Kufur, Syirik dan Bidaah Dolalah Haram Yang Menjadikan Mereka Murtad.

atau

Menyatakan sesuatu itu memberi bekas kepada sesuatu, Membandingkan kuasa Allah dengan kuasa yang lain, Menyatakan sesuatu itu boleh menghidupkan dan mematikan, Menyatakan roh-roh boleh menjelma dalam diri seseorang dan yang memberi maksud yang sama.

Syirik terbahagi kepada 2:-
 
   1. Syirik Nyata ( Nampak secara fizikal )
   2. Syirik Tersembunyi ( Tiada bentuk fizikal )

Syirik Nyata adalah syirik yang mudah dilihat, mudah dihukum, mudah dibicarakan.

Contohnya:-
 
1. Perkara-perkara khurafat.
2. Menyembah Berhala ( Bagi orang yang mengaku islam )
3. Memakai Tangkal dan Azimat
4. Menilik
5. dan sebagainya

Pada menyatakan perkara-perkara Syirik Nyata maka contohnya sudahlah banyak
dilihat sekarang. Perkara yang dilakukan itu ganjil dan tiada dalam islam atau tidak pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w, Para sahabat rasulullah,Tabi'in,
Tabi' tabi'in dan ulama-ulama muktabar.

Contoh Gambar

TANGKAL DAN AZIMAT


PERBOMOHAN YANG BERSALAHAN DENGAN HUKUM SYARAK 



MENYATAKAN ROH-ROH ORANG-ORANG YANG TELAH MATI BOLEH MENJELMA MASUK DALAM DIRI

WAFAK PERLINDUNGAN, PELARIS ATAU SEBAGAINYA

MENYATAKAN SENJATA BOLEH BERGERAK SENDIRI ATAU MEMPUNYAI KUASA TERHADAPNYA

SIHIR

MINYAK PENGASIH, MINYAK PENUNDUK DAN SEBAGAINYA


Perkara-perkara sebegini masih lagi berlaku dalam kalangan masyarakat melayu masa kini. Sedar atau tidak perbuatan ini sudahpun merosakkan agama, diri, keluarga dan masyarakat.

Sebelumnya JUST TO SHARE
Akan datang SYIRIK MENGHANCURKAN UMMAH epd2


Isnin, 3 Mac 2014

Perkara yang dilupakan

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum....

melayu bersatu ,semangat waja
sumpah setia, menjulang bendera
kalimah syahadah, amanah mulia
tegak teguh, mebina warisan
melayu bernama

Saya mulakan penulisan saya ini dengan sedikit nukilan daripada seorang guru yang saya kenali.
Beliau seringkali memberikan ceramah di seluruh semenanjung tetapi saya pasti ramai masyarakat umum tidak mengetahui akan hal ini kerana beliau bukan ustaz-ustaz selebriti yang ada pada masa kini.
Apabila saya menghadiri ceramah beliau, saya sangat terkejut apabila perkara yang disampaikan adalah sesuatu yang di luar kebiasaan bahkan berkemungkinan pembaca tidak sama sekali mengetahui, bak kata
" Perbetulkan yang biasa, biasakan yang betul ".

Seringkali apabila kita pergi ke sesebuah ceramah pasti yang akan ditekan ialah SOLAT kerana ia adalah tiang agama, tapi tanpa kita sedari kita sudahpun terlupa atau sengaja melupakan bahawa tapak untuk tiang berkenaan sudah tidak ada atau sudah hilang tanpa di sedari. Didalam rukun islam juga perkara itu telah di sebut mengikut peringkat/urutan iaitu :-

1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah ( Tapak )
2. Menunaikan Solat 5 Waktu sehari semalam ( Tiang )
3. Berpuasa dibulan Ramadhan ( Dinding )
4. Membayar Zakat ( Perhiasan )
5. Menunaikan Haji jika berkemampuan ( Atap/Bumbung )

Tanpa 5 perkara ini sudah tentu kita tidak boleh menyebut diri kita Islam dan Tanpa kita sedari urutan pertama itu kita mula lupakan ataupun sudah terbatal tapi pasti masyarakat umum tidak mengetahui bahawa dalam 3 mazhab perkara itu wajib difardhukan pada diri sekali seumur hidup kecuali mazhab SYAFIE yang meletakkan hukum sunat muakkadah paling tinggi menghampiri wajib ( tetapi jika keluarga/keturunan itu bersih daripada perkara-perkara yang membatalkan syahadah ) jika tidak bersih keluarga/keturunan itu daripada perkara-perkara yang membatalkan syahadah maka memfardhukan 2 kalimah syahadah menjadi wajib kepada mazhab SYAFIE sekali seumur hidup.

Ibubapa yang berkelayakkan Wajib memfardhukan semula 2 kalimah Syahadah itu kepada anak-anak mereka yang sudah baligh tetapi jika Ibubapa tidak layak maka mereka hendaklah mencari guru-guru yang berkelayakkan/mempunyai wasilah untuk memfardhukan 2 kalimah syahadah berkenaan kepada anak-anak mereka jika tidak anak-anak mereka tidak akan ada agama didalam diri/menjadi agama ikut-ikutan.

Apakah perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah :-
1. Menduakan Allah ( Mensyirikkan Allah )
2. Syak Hatinya akan Allah
3. Menyangkal dirinya dan alam ini dijadikan oleh Allah
4. Tidak mengisbatkan dirinya hamba Allah

jika ada pertanyaan boleh la emel kepada sy kawankutm@gmail.com

Akan datang Tajuk Apa itu mensyirikkan Allah....

Pautan yang Berkenaan

Berada dalam penyelengaraan...

Berborak

Powered by ShoutJax
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Maklum balas/Pertanyaan

Powered by ShoutJax