Selasa, 1 April 2014

SYIRIK MENGHANCURKAN UMMAH epd1


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Pemula kata..

" Nampak Hebat Tapi Kena Tipu "
" Macam Dahsyat Tapi Sesat Larat "
" Aqidah, Syariah, Akhlah Tak Tepat "
" Amalan Tumbuh Macam Cendawan "
" Makin Moden Makin Sesat Larat "
" Penyakit Jangan Dibiarkan Melarat "
" Boleh Jadi Mengancam Zuriat "

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”
(QS. An Nisa’: 48)

Apakah itu SYIRIK ??

Syirik Daripada Segi Bahasa : Menduakan Allah / Menyekutukan Allah /
 Mencampur Adukkan Sesuatu Yang Baik dan Jahat Dalam Masa dan Tempat Yang Sama.

atau

Syirik Daripada Segi Istilah : Mencampur Adukkan Penumpuan Ubudiyah Diri Zahir dan Batin dan Minta Tolong Kepada Allah dan Kepada Benda Sama Ada Melalui Perbuatan atau Qosad Hati Dalam Melaksanakan Perintah Syariat Kerana Seseorang Itu Meletakkan Dirinya, Orang Yang Mempercayainya dan Mereka Yang Mengikutnya Berada Dalam Kufur, Syirik dan Bidaah Dolalah Haram Yang Menjadikan Mereka Murtad.

atau

Menyatakan sesuatu itu memberi bekas kepada sesuatu, Membandingkan kuasa Allah dengan kuasa yang lain, Menyatakan sesuatu itu boleh menghidupkan dan mematikan, Menyatakan roh-roh boleh menjelma dalam diri seseorang dan yang memberi maksud yang sama.

Syirik terbahagi kepada 2:-
 
   1. Syirik Nyata ( Nampak secara fizikal )
   2. Syirik Tersembunyi ( Tiada bentuk fizikal )

Syirik Nyata adalah syirik yang mudah dilihat, mudah dihukum, mudah dibicarakan.

Contohnya:-
 
1. Perkara-perkara khurafat.
2. Menyembah Berhala ( Bagi orang yang mengaku islam )
3. Memakai Tangkal dan Azimat
4. Menilik
5. dan sebagainya

Pada menyatakan perkara-perkara Syirik Nyata maka contohnya sudahlah banyak
dilihat sekarang. Perkara yang dilakukan itu ganjil dan tiada dalam islam atau tidak pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w, Para sahabat rasulullah,Tabi'in,
Tabi' tabi'in dan ulama-ulama muktabar.

Contoh Gambar

TANGKAL DAN AZIMAT


PERBOMOHAN YANG BERSALAHAN DENGAN HUKUM SYARAK 



MENYATAKAN ROH-ROH ORANG-ORANG YANG TELAH MATI BOLEH MENJELMA MASUK DALAM DIRI

WAFAK PERLINDUNGAN, PELARIS ATAU SEBAGAINYA

MENYATAKAN SENJATA BOLEH BERGERAK SENDIRI ATAU MEMPUNYAI KUASA TERHADAPNYA

SIHIR

MINYAK PENGASIH, MINYAK PENUNDUK DAN SEBAGAINYA


Perkara-perkara sebegini masih lagi berlaku dalam kalangan masyarakat melayu masa kini. Sedar atau tidak perbuatan ini sudahpun merosakkan agama, diri, keluarga dan masyarakat.

Sebelumnya JUST TO SHARE
Akan datang SYIRIK MENGHANCURKAN UMMAH epd2


Pautan yang Berkenaan

Berada dalam penyelengaraan...

Berborak

Powered by ShoutJax
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Maklum balas/Pertanyaan

Powered by ShoutJax